1) SOALAN:
Saya berminat dengan bidang Diplma Pendidikan Pra-Sekolah bolehkah saya melanjutkan pelajaran dalam bidang ni di kolej Uniti? walaupun umur saya 25 tahun pada tahun ni kerana Saya di maklumkan bahawa had umur dalam bidang pendidikan adalah di bawah 25 tahun, Adakah permohonan saya tidak dapat diterima lagi disebabkn faktor umr saya sekarang?. Saya mohon pandangan Tuan berkaitan dengan masaalah yang saya hadapi ini. Sekian Terima Kasih JAWAPAN:
Umur bukanlah faktor atau syarat kelayakan memohon belajar di KU asalkan cukup 3 kredit SPM. KU pernah menerima pelajar berusia 26 tahun dan pelajar tersebut sudahpun bergraduat. Tentang adanya had umur 25 tahun tu saya kurang pasti. Setahu saya had umur mengikuti KPLI (dulu) ialah tak lebih 35 tahun. Ini adalah syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysiasia. Jadi, silakan Anda memohon diploma pendidikan pra sekolah KU. Emailkan no telefon peribadi sdri kepada : jamal_drbone@yahoo.com untuk dihubungi segera oleh Perunding Akademik kami.
2) SOALAN:
Saya Valarie berasal dari Kuching,Sarawak. Saya berminat untuk menyambung Diploma dalam Pendidikan Awal Pra-sekolah ni. Saya telah bekerja 3 tahun sebagai pendidik di salah sebuah tadika swasta di Kuching dan saya amat berharap utk menyamung pelajaran saya di peringkat diploma dan seterusnya di peringkat ijazah. Saya nak tanya adakah saya boleh memohon utk dimasukkan ke kolej ini oleh kerana saya merupakan kaum bumiputera (Bidayuh) ?? JAWAPAN:
Saudari boleh ditawarkan mengikuti Pengajian Diploma Pra Sekolah dengan syarat memliki 3 kredit SPM. Bangsa atau agama tidak disyaratkan. Kolej UNITI telah lama menerima pelajar bumiputera dari Sabah dan Sarawak, terutamanya dalam bidang Pra Sekolah.
Justeru, Saudari dipersilakan memohon. Sila emailkan Nama, Alamat dan No HP saudari ke jamal_drbone@yahoo.com utk Perunding Akademik Kolej UNITI hubungi dalam masa terdekat ini. Semoga cita-cita Saudari berjaya direalisasikan.
3) SOALAN:
Assalamu;alaikum, Saya nak tau Pengajian Diploma Pra Sekolah ini sepenuh masa atau ada secara PJJ untuk golongan yang bekerja..? JAWAPAN:
Wa’alaikumsalam,
Buat masa ini program DPS KU adalah program sepenuh masa. InsyaAllah jika ada keperluan dan permintaan yang menggalakkan, mungkin DPS PJJ boleh kami tawarkan.
Terima kasih.
4) SOALAN:
Assalamu'alaikum, Saya nak tanya bila Saya dah ade Diploma Pra Sekolah ni, boleh ke Saya nak mengambil Ijazah untuk Perguruan Sekolah Rendah pula??? JAWAPAN:
Wa'alaikumsalam,
InsyaAllah boleh kerana DPS di Kolej UNITI telah mendapat Akreditasi Penuh dari MQA pada 2009 lalu. Namun, kelayakan memohon ke Ijazah Sekolah Rendah atau seumpamanya bergantung juga kepada keputusan akhir Pengajian Diploma kelak sama ada mencapai mata PNGK minima atau tidak. Biasanya sekitar 3.5 ke atas, selain terdapat kekosongan yang perlu diisi dengan merit lain seperti kemahiran insaniah dan sebagainya yg sepatutnya dikuasai di peringkat diploma lagi.
5) SOALAN:
Saya Hafiza, saya bekas Student Nursing dari Kolej SEGI, Saya nak tanya satu soalan, Saya berminat nak sambung pelajaran saya dalam bidang pindidikan Pra-Sekolah, adakah saya layak untuk mengikuti tawaran ini sedangkan saya mempunyai pinjaman PTPTN yang belum diselesaikan, Harap dapat membantu,Terima Kaseh.
JAWAPAN:
Salam Hafiza,
Setahu kami jika seseorang itu ingin memohon pinjaman baru PTPTN untuk membiayai pengajian barunya samaada Ijazah atau Diploma lain, dia hendaklah terlebih dahulu menjelaskan hutang lama 100%.
Namun, jika dia ingin sambung atau mengambil Diploma baru tanpa bergantung kepada dana PTPTN, dia boleh menerima tawaran dari IPTS / IPTA berkenaan. Penerimaan tawaran belajar tiada kaitan atau memerlukan ‘kebenaran’ dari PTPTN atau pembiaya kewangan lain seperti MARA. Cuma kami percaya Hafiza masih memerlukan pembiayaan baru. Ini tentunya menyulitkan kecuali Hafiza mendapat bantuan zakat atau yayasan negeri jika ada. Semoga masalah Hafiza akan selesai dengan izinNya, amin.
6) SOALAN:
Assalamua'laikum, Saya Nurul, Saya baru lepas menduduki peperIksaan STPM, Saya nak tanye selain daripada permohonan ke IPTA secara terus, adakah terdapat alternatif lain bagi pelajar lepasan STPM?, jika dilihat pelajar lepasan SPM mereka mempunyai pelbagai alternatif seperti KPM, matrikulasi, tingkatan 6, Politeknik dan sebagainya..!, sekarang saya amat buntu kerana takut kehilangan peluang yang patut untuk saya cuba…! JAWAPAN:
Wa’alaikum salam Nurul,
Lepasan STPM berpeluang memohon ke IPTS sebagai saluran alternatif. Kini banyak IPTS yang bertaraf Kolej UNiversiti dan mendapat perakuan akreditasi MQA boleh menjadi pilihan Nurul. Program akademik peringkat ijazah juga sudah banyak ditawarkan dalam bidang sains sosial dan sains tulen atau sains gunaan.
Biasanya IPTS jarang menolak permohonan pelajar asalkan cukup syarat yanhg ditetapkan. Jika kelayakan STPM tidak mencukupi Nurul boleh gunakan keputusan SPM utk memohon Program Diploma. Selepas lulus, Nurul masih boleh meneruskan ke peringkat Ijazah pula.
Saya sarankan Nurul layari laman sesawang IPTS yg berkenaan utk mencari peluang belajar yang sesuai dengan minat Nurul. Mengenai kos pembiayaan pelajaran, itu tidak perlu dirisaukan kerana PTPTN dan MARA ada menyediakan kemudahan pinjaman.
Selamat memohon Nurul. Jangan berputus asa kerana peluang tidak memihak kepada mereka yang berputus asa.
7) SOALAN
Assalamua'laikum, Saya mira, Saya sebagai PPM.Saya teringin sangat nak sambung belajar ambil diploma bahagian Pra-Sekolah.Saya bekerja selama 6 tahun memegang jawatan sebagai PPM, jadi bantulah saya macam mana saya nak sambung belajar ambil Diploma bahagian tersebut..! JAWAPAN:
Wa’alaikumsalam Munirah,
Walaupun saudari sudah berpengalaman dalam kerjaya pendidik awal kanak2, namun masih berkeinginan untuk menyambung pengajian. Syabas Saya ucapkan, untuk makluman Munirah, kelayakan masuk ke program diploma pendidikan pra-sekolah hanyalah SPM 3 kredit sahaja. Jadi jika Munirah ada kelayakan tersebut, maka bolehlah memohon.
Jika Munirah ingin penjelasa lanjut, mohon kerjasama utk emailkan no telefon peribadi/rumah ke : <jamal_drbone@yahoo.com> InsyaALlah Munirah akan dihubungi oleh Penasihat Akademik dengan kadar segera.
Terima kasih Munirah. Moga cita-cita Saudari akan dimakbulkanNya. Amin
8) SOALAN
Assalamu'alaikum, tahun ini saya bakal menduduki peperiksaan StPM pada buln 11/12 ni, dan saya baru sahaja mendapat surat tawaran diploma deri Kolej UNITI dan pendaftaran ada pada bulan ini, saya nak minta pendapat, apa yg harus saya lakukan?? saya memang teringin sangat untuk mengambil Diploma Pra-Sekolah tersebut, dan pada masa yang sama saya ingin menduduki peperiksaan STPM tersebut..! JAWAPAN:
Wsalam Mastika,
Tahniah kerana saudari mempunyai dua peluang untuk menimba ilmu serentak. Saya rasa tiada masalah untuk tamatkan pengajian STPM tu dahulu. Lepas tu jika masih berminat boleh terima tawaran KU dalam bidang prasekolah. Jika tidak sempat bulan 11 atau 12, Saudari boleh mendaftar semester April/Mei nanti. Setakat ini Kolej UNITI telah ada 3 batch pelajar DPS yg bergraduan – sekitar 250-280 org.
Masa masih ada untuk Saudari memenuhi impian. Selamat berjaya Mastika.
9) SOALAN:
Assalamu'alaikum, Saya cuma nak tanya, untuk masuk ke UNITI berapakah Yuran yang perlu Saya bayar? dan bolih ke kita sambung belajar lepas dapat Diploma untuk ke peringkat yang lebih tinggi? JAWAPAN:
Wa'alaikumusalam, Yuran pengajian (lebih tepat) ialah sekitar RM24,000.00 – RM26,000 untuk tempoh 3 tahun pengajian. Peluang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah memang ada di USM, UPSI dan UM. Jga di IPTS seperti UNITAR.
Graduan mesti mencapai kelayakan akademik tertentu sebagaimana ditetapkan IPT tersebut sebelum layak memohon ke peringkat ijazah.
No comments:
Post a Comment